Skip to main content

Pisang Boleh Merawat Batuk ? Boleh Cuba Ni !


Bila bercakap soal anak batuk, semestinya setiap ibubapa tidak senang duduk. Tambah lagi bila batuk melarat sampai berminggu-minggu, ada setengah sampai berbulan lamanya batuk. Tak dinafikan dengan udara pada hari ini, dengan habuk dari pelbagai jenis boleh menyebabkan sinus tanpa diduga. 

Sambil aku duk godek baca-baca info, terjumpa info pisang boleh merawat batuk. Apa lagi, blog jela dulu. Next time nak buat untuk anak aku senang.

Resipi pisang merawat batuk

Bahan-bahan
  • 2 biji pisang ranum
  • 400 ml air mendidih
  • 2 sudu besar gula atau madu (madu akan hilang khasiatnya dalam suhu yang tinggi, jadi berhati-hati semasa menambah madu ke dalam campuran pisang dan air panas. Pastikan ia sudah sejuk dahulu)

Cara penyediaan
  1. Kupas pisang. Lenyekkan menggunakan sudu atau garfu. Sebaiknya guna sudu/garfu plastik atau kayu, bagi mengelakkan pisang cepat berubah warna gelap.
  2. Tambahkan gula dan kacau rata. Jika anda menggunakan madu, tambahkan ia apabila campuran pisang sudah sejuk.
  3. Tuang air mendidih ke dalam campuran, tutup dan biarkan selama 30 minit.
Jika mahu, anda boleh menapis campuran menggunakan penapis plastik.

Cara menggunakan
  1. Anda harus menyediakan dos baru setiap hari. 
  2. Sentiasa panaskan campuran dengan api perlahan sebelum menggunakan. 
  3. Makan empat kali sehari (kira-kira 100 ml)
  4. Batuk anda akan berhenti dalam masa beberapa hari. 
  5. Cubalah dan pastinya anak-anak akan suka akan rasa 'ubat' yang sedap ini.

Sumber Asal : MajalahPama

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kebaikan Bunga Telang, Bunga Pewarna Nasi Kerabu

Khasiat perubatan : Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.  Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit. Manfaat lain Bunga Telang adalah seperti :  Menyuburkan rambut Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitam...

Masa Daddy & Daughter

Jika ditanya "what the best moments", for sure untuk yang bergelar daddy.. Time with daughter! Dalam kesibukan memikirkan pelbagai hal, pelbagai situasi kerja then bila bermain dengan anak perempuan, ia menghilangkan segala kepenatan.  Aku cuma doakan "my daughter: membesar as a good girl, ada pendirian, tidak mudah mengikut perkara yang tidak elok. Luv ya!

Herba Dalam Makanan Baby, Selamat @ Tidak?

kiddofeedo Bila bercakap soal pemakanan baby, tak ramai yang amik port and sometimes bagi jer apa saja makanan asalkan baby tu kenyang. Bila umur baby dah cecah 6bulan dan keatas, ada yang excited untuk cari makanan dalam tin, tak sabar nak suap nestum. Walaupun pelbagai jenis viral pemakanan dalam tin tidak menyihatkan, mungkin ramai yang gunakan alasan sibuk, malas masak, tidak sempat and pelbagai lagi. Herba untuk baby, kalau ikut pada laman webmd  menyatakan tiada kajian saintifik yang mana herbs & spices memberi kesan kepada baby. Apa yang kita tahu, setiap herbs & spices mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri. Sebagai contoh daun pudina, boleh digunakan sebagai minuman penyejuk jika baby demam. Just amik jer beberapa helai daun pudina then letak dalam bekas minuman. Sangat mudah. Kalau berlarutan juga, kena la check doktor. Aku memang suka letakkan herbs dalam makanan anak aku sendiri. Kadang tu sebab bila letak herbs dia rasa lagi sedap and menyelerakan bi...