Sunday, July 12, 2020

6 Petua & Cara Atasi Loya Ketika Hamil (Morning Sickness)


Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama. Setuju?


APA ITU MABUK HAMIL?

Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut.


BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL?

Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa seseorang itu mengalami mabuk hamil. Mungkin juga kerana kekurangan vitamin B6 dalam diet.

Morning sickness biasanya bermula pada kira-kira 6 minggu pertama kehamilan dan akan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14 minggu dan 16 minggu. Tetapi anda mungkin mendapati bahawa pelbagai peringkat loya akan terus berlaku sehingga 20 minggu, dan mungkin juga dalam keseluruhan tempoh kehamilan.

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau rasa loya dan muntah-muntah untuk kali pertama selepas sembilan minggu kehamilan, berjumpa dengan doktor anda.


BERAPA LAMAKAH MABUK HAMIL AKAN BERPANJANGAN?

Seperti diberitahu, rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Sumber dari Kementerian Kesihatan ini menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.


CARA MENGATASI MABUK HAMIL

1. JUMPA DOKTOR DAHULU
Pertama sekali, jika anda bangun dan merasakan loya yang teramat dan muntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badan, adalah lebih baik jika anda segera dapatkan rawatan doktor dan ambillah cuti pada hari tersebut. Jika perlu, doktor akan berikan ubat yang sepatutnya.

Kemungkinan besar badan anda sedang bekerja lebih masa bagi membantu perkembangan bayi anda dan badan anda amat memerlukan rehat yang secukupnya. Ia dapat membantu anda dari segi fizikal dan mental untuk menempuh hari-hari yang bakal mendatang.

2. HIDU BAU LIMAU
Kebanyakan mabuk hamil berpunca dari bau yang kuat terutamanya bau busuk seperti lori sampah yang lalu depan rumah ataupun bau masam ketika sedang berada dalam sebuah pengangkutan awam dalam perjalanan ke tempat kerja. Jika anda mula berasa mual, antara cara termudah untuk atasinya adalah dengan membawa ekstrak limau atau bunga rosmeri di dalam beg anda, dan menghidunya apabila berpeluang. Aroma segar ini dapat melupakan hidung anda daripada bau busuk tersebut dan rasa mual pun akan beransur-ansur hilang.

3. MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK
Salah satu cara mengatasi mabuk hamil adalah dengan mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah disebabkan kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda sekiranya ia berlaku. Ada juga yang mengatakan, minum segelas air sejuk berais atau pun minum secawan teh panas dapat membantu mengatasinya. Cubalah.

4. ELAKKAN PERUT KOSONG
Anda juga boleh cuba untuk makan sedikit biskut bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin. Dengan cara mengalas perut, kesan mabuk hamil tidaklah seteruk berbanding perut yang kosong.

5. MINUM TEH HALIA
Bagaimana dengan halia? Kalau kebiasaannya kita minum teh halia untuk membuang angin di dalam badan, sebenarnya kandungan di dalam halia juga dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil tersebut. Tetapi jika anda seorang yang memang tak boleh tahan dengan halia, janganlah paksa diri pula untuk menelan halia tadi. Ok?

6. MAKAN VITAMIN
Cuba ambil Vitamin B6 jika anda mahukan suplemen di dalam tubuh anda. Pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari terbukti dapat membantu di dalam mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.

Tidak ada orang yang mahukan mabuk hamil tetapi terdapat pelbagai cara mengatasi mabuk hamil tersebut. Semoga petua hilangkan mabuk hamil ini dapat membantu serba sedikit.

Sumber : SirapLimau

Wednesday, June 17, 2020

15 Kebaikan Bunga Telang, Bunga Pewarna Nasi Kerabu




Khasiat perubatan : Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. 

Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.

Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Manfaat lain Bunga Telang adalah seperti : 
  1. Menyuburkan rambut
    • Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
  2. Mengurangkan sakit kepala
    • Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. 
    • Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.
  3. Merawat ulser mulut.
    • Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. 
  4. Insomnia
    • Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. 
  5. Mengubati bisul
    • Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. 
  6. Melawaskan kencing
    • Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. 
  7. Membersihkan mata
    • Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. 
  8. Perbaiki haid wanita
    • Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. 
  9. Merangsang memori dan kebijaksanaan
    • Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
  10. Pewarna makanan dan fabrik
    • Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. 
    • Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)
  11. Sebagai detox
    • Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN.  Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!
  12. Mengubati batuk
    • Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma
  13. Ubati bronchitis
    • Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam. 
  14. Mencuci darah
    • Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah
  15. Ubati sakit telinga
    • Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.
    • Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Monday, December 18, 2017

Masa Daddy & Daughter

Jika ditanya "what the best moments", for sure untuk yang bergelar daddy.. Time with daughter! Dalam kesibukan memikirkan pelbagai hal, pelbagai situasi kerja then bila bermain dengan anak perempuan, ia menghilangkan segala kepenatan. 

Aku cuma doakan "my daughter: membesar as a good girl, ada pendirian, tidak mudah mengikut perkara yang tidak elok. Luv ya!


Tuesday, April 4, 2017

Pisang Boleh Merawat Batuk ? Boleh Cuba Ni !


Bila bercakap soal anak batuk, semestinya setiap ibubapa tidak senang duduk. Tambah lagi bila batuk melarat sampai berminggu-minggu, ada setengah sampai berbulan lamanya batuk. Tak dinafikan dengan udara pada hari ini, dengan habuk dari pelbagai jenis boleh menyebabkan sinus tanpa diduga. 

Sambil aku duk godek baca-baca info, terjumpa info pisang boleh merawat batuk. Apa lagi, blog jela dulu. Next time nak buat untuk anak aku senang.

Resipi pisang merawat batuk

Bahan-bahan
  • 2 biji pisang ranum
  • 400 ml air mendidih
  • 2 sudu besar gula atau madu (madu akan hilang khasiatnya dalam suhu yang tinggi, jadi berhati-hati semasa menambah madu ke dalam campuran pisang dan air panas. Pastikan ia sudah sejuk dahulu)

Cara penyediaan
  1. Kupas pisang. Lenyekkan menggunakan sudu atau garfu. Sebaiknya guna sudu/garfu plastik atau kayu, bagi mengelakkan pisang cepat berubah warna gelap.
  2. Tambahkan gula dan kacau rata. Jika anda menggunakan madu, tambahkan ia apabila campuran pisang sudah sejuk.
  3. Tuang air mendidih ke dalam campuran, tutup dan biarkan selama 30 minit.
Jika mahu, anda boleh menapis campuran menggunakan penapis plastik.

Cara menggunakan
  1. Anda harus menyediakan dos baru setiap hari. 
  2. Sentiasa panaskan campuran dengan api perlahan sebelum menggunakan. 
  3. Makan empat kali sehari (kira-kira 100 ml)
  4. Batuk anda akan berhenti dalam masa beberapa hari. 
  5. Cubalah dan pastinya anak-anak akan suka akan rasa 'ubat' yang sedap ini.

Sumber Asal : MajalahPama

Thursday, February 16, 2017

Irish Breakfast & Roti Canai By Chef Ayoh De | Terengganu

Kalau ada yang merasa breakfast ala irish di Terengganu, boleh try test makan kat sini. Di area gong kapas pinggir bandar Kuala Terengganu.

Kat situ bukan setakat makanan ala roti je ada, nasi lemak terengganu, nasi air dingin kelantan, nasi dagang dan pelbagai lagi kuih muih.

Just try, harga pun tidak terlalu mahal.

Tuesday, February 7, 2017

10 Pantai Cantik Di Malaysia Untuk Dilawati


Malaysia memang mempunyai banyak pantai-pantai yang cantik dan menarik serta mencari kawasan pantai di negara ini bukanlah sesuatu yang susah untuk dijumpai.

Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak pusat peranginan dibina di kawasan berdekatan dengan pantai kerana ia menjadi kawasan tumpuan pelancong asing dan juga tempatan.

Jangan tak tahu ya, sebenarnya banyak pantai-pantai yang cantik di Malaysia ini jadi anda semua tidak perlulah berhabis duit pergi ke luar negara. Mari kita lihat 10 pantai cantik yang ada di sini.




1. Pantai Juara, Pulau Tioman (Pahang)

Mereka yang sukakan ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota, privasi dari orang dan yang penting menyajikan pantai yang cantik, maka ini lah jawapan yang anda cari.

Pada mereka yang tidak tahu, pantai ini juga pernah tersenarai daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.


2. Pantai Pulau Mabul (Sabah)

Pulau Mabul memang dikenali sebagai salah satu pulau yang cantik di Sabah oleh itu tidak hairanlah jika ia tersenarai dalam ini.

Mempunyai pasir yang putih mengelilingi persisiran pantai serta lautnya yang jernih dan bebas dari kotoran membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya.


3. Pantai Perhentian Kecil, Pulau Perhentian (Terengganu)

Pantai ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya dan pengunjung masih belum mengenali pantai ini.

Selain itu, bot juga tidak dibenarkan memasuki pantai kerana terumbu kawang yand wujud di kawasan air cetek. Pengunjung juga berpengalaman menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.


4. Pantai Pulau Manukan (Sabah)

Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti 'parasailing' selam skuba, snorkelling dan lain-lain.

Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.


5. Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)

Sesuai buat mereka yang mencari ketenangan, pantai ini tidak mempunyai banyak pengunjung seperti Pantai Cenang.

Tanjung Rhu mempunyai pasir yang halus dan bersih serta air yang jelas seperti kristal membuat orang akan mengagumi kecantikan pantai ini.


6. Pantai Pulau Mataking (Sabah)

Sangat dikenali sebagai 'syurga penyelam'  seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan namun ia merupakan kawasan persendirian.

Di samping itu, ia juga mempunyai sedikit persamaan dengan pantai di Maldives oleh itu jika anda berkunjung ke Sabah pastikan pantai ini tersenarai dalam destinasi lawatan anda ya.


7.Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang Mersing (Johor)

Sesuai dengan namanya pantai ini mempunyai pasir yang putih, lembut dan masih dipelihara alam semula jadinya serta pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bola tampar, mandi laut dan berjemur di bawah sinaran matahari.

Bagaimanapun, nama sebenar pantai ini adalah Pasir Panjang namun disebabkan sudah banyak nama pantai seperti itu di Malaysia (Pulau Perhentian dan Pulau Tioman) maka penggunaan nama pantai ini ditukar kepada nama Pasir Putih.


8. Pantai Pulau Sapi (Sabah)

Air laut dan pantainya sangat jernih ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di pantai membuatkan pengunjung akan merasa terhibur di sini.

Terletak di Taman Tunku Abdul Rahman Sabah, tentu sekali terdapat banyak aktiviti sukan air yang menanti pengunjung yang hadir di pantai ini.


9. Pantai Cherating (Pahang)

Cherating merupakan salah satu pusat peranginan tepi pantai yang terkenal di Malaysia justeru banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.

Sesuai untuk pasangan berbulan madu ataupun percutian keluarga, anda juga berpeluang untuk belajar papan luncur sewaktu berada di sini.


10. Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang (Terengganu)

Sesuai buat mereka yang suka mandi laut dan berenang namun tidak sesuai untuk aktiviti selam skuba kerana tidak mempunyai banyak terumbu karang.

Sebenarnya, terdapat dua pantai teluk dalam iaitu di Pulau Pangkor dan Pulau Redang dan dua cara untuk ke pantai ini adalah melalui trek hutan yang menghubungkan kedua-dua pantai atau menyewa bot.

Sunday, January 22, 2017

Herba Dalam Makanan Baby, Selamat @ Tidak?

kiddofeedo
Bila bercakap soal pemakanan baby, tak ramai yang amik port and sometimes bagi jer apa saja makanan asalkan baby tu kenyang. Bila umur baby dah cecah 6bulan dan keatas, ada yang excited untuk cari makanan dalam tin, tak sabar nak suap nestum. Walaupun pelbagai jenis viral pemakanan dalam tin tidak menyihatkan, mungkin ramai yang gunakan alasan sibuk, malas masak, tidak sempat and pelbagai lagi.

Herba untuk baby, kalau ikut pada laman webmd menyatakan tiada kajian saintifik yang mana herbs & spices memberi kesan kepada baby. Apa yang kita tahu, setiap herbs & spices mempunyai khasiat dan kebaikan tersendiri. Sebagai contoh daun pudina, boleh digunakan sebagai minuman penyejuk jika baby demam. Just amik jer beberapa helai daun pudina then letak dalam bekas minuman. Sangat mudah. Kalau berlarutan juga, kena la check doktor.

Aku memang suka letakkan herbs dalam makanan anak aku sendiri. Kadang tu sebab bila letak herbs dia rasa lagi sedap and menyelerakan bila makan. Nak kata bila makan herbs then tak kena penyakit, tak juga. Bila duduk sekali dengan orang yang batuk depan muka, lepas tu selsema bersin sesuka hati. Kena jugak budak tu selsema batuk.

Aku tulis ni pun, sebab kebetulan duk search makanan yang nak dibuat pada anak aku then herbs yang sesuai untuk dimasukkan. Untuk lebih sedap. Jumpa lah bendalah ni dalam kiddofeedo. List macam kat bawah.

  • Acorn, hubbard  butternut and other squash: cinnamon, nutmeg, allspice or ginger
  • Apple and applesauce: cinnamon, nutmeg, allspice, vanilla or ginger
  • Bananas: cinnamon, ginger, allspice or vanilla
  • Carrots: basil, garlic or cinnamon
  • Green beans: garlic powder
  • Mashed potatoes: dill or garlic
  • Sweet potato: nutmeg, cinnamon and/or cardamom
  • Meat: garlic, pepper, onion powder, mint or orange zest.
  • Oatmeal and cereal: cinnamon, nutmeg and/or vanilla
  • Pasta: oregano, garlic or basil
  • Pears: ginger, cinnamon, vanilla or mint
  • Plain Yogurt: mint, cinnamon, nutmeg, vanilla, ginger, allspice or cardamom
  • Poultry: cinnamon, coriander, garlic powder, basil, pepper, basil, oregano, garlic, sage, rosemary or thyme
  • Pumpkin: cinnamon, nutmeg, ginger and vanilla
  • Quinoa (for sweet): cinnamon, nutmeg, vanilla, cardamom or ginger
  • Quinoa (for savory): garlic powder, pepper, onion powder, basil or oregano
  • Millet (for sweet): cinnamon, nutmeg, vanilla, cardamom or ginger
  • Millet (for savory): garlic powder, pepper, onion powder, basil or oregano

6 Petua & Cara Atasi Loya Ketika Hamil (Morning Sickness)

Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang...