Skip to main content

20 Tips Ibu Menyusu Berpuasa


Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian membuktikan bahawa puasa bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi.

Elakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak.

Dapatkan sokongan ibu menyusu lain
Sokongan satu sama lain membantu ibu menyusu menjadi lebih kuat dan bersemangat. Perkongsian pengalaman dan tip tentu sahaja berguna kepada semua.

Bereskan tugas rumah  tangga waktu malam
Untuk mengelakkan keletihan di siang hari, selesaikan segala tugas rumah tangga pada waktu malam atau sebelum sahur.

Minta bantuan suami
Jangan lakukan tugas rumah tangga sendirian. Sebaliknya minta bantuan suami atau anak yang sudah besar. Berbahagi tugas itu lebih mengharmonikan rumah tangga.

Elakkan si kecil membuatkan ibu penat
Rancang aktiviti untuk anak agar dia sibuk sepanjang hari dan tidak merengek.

Elakkan berpanas
Jika boleh, jangan banyak lakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat dalam cuaca yang panas. Jika terpaksa, pastikan pakai topi, pelindung cahaya matahari dan berpakaian cerah.

Banyakkan berehat
Walaupun sibuk di pejabat mahu pun di rumah, cari masa untuk berehat seketika.

Elak minuman berkafein
Minuman berkafein atau berkarbonat adalah penyebab utama dehidrasi. Kafein juga adalah zat diuretik  yang meningkatkan keinginan mengunyah ibu.

Banyak makan buah dan sayuran segar
Buah dan sayuran mengandungi banyak air yang dapat menambahkan pengambilan cecair dalam badan.

Jangan banyak minum semasa sahur
Semasa sahur elakkan pengambilan air yang terlalu banyak kerana ia menyebabkan ibu kekenyangan. Sebaiknya aturkan pengambilan minuman sejam sekali selepas berbuka puasa sehingga mencukupi 2.5 liter air sehari.

Elakkan makanan pedas
Makanan pedas memang membuka selera tetapi ia hanya menambah risiko membuang banyak air sehinggakan badan akan mengeluarkan banyak cecair.

Elakkan terlalu banyak memasak
Memasak sendiri juadah berbuka puasa memang lebih menyeronokkan tetapi jangan terlalu sibuk di dapur sehingga membuatkan ibu cepat penat. Mungkin sesekali boleh ajak kawan atau saudara mara ‘pot luck’ berbuka puasa di mana setiap orang membawa satu hidangan.

Hadkan pengambilan produk tenusu
Makanan hasil tenusu seperti keju atau yogurt akan membuatkan badan lebih banyak mengeluarkan mukosa (cecair badan yang kental dan lekit).

Kurangkan kegiatan berbelanja di siang hari
Sebaiknya rancang menu mingguan dan buat perbelanjaan seminggu sekali.

Jangan lupa makan kurma
Berbuka puasa dengan segelas air dan tiga atau empat biji kurma supaya paras gula ibu kembali normal.

Sentiasa bertenang
Lakukan tadarus Al-Quran untuk membantu ibu tenang. Susu tidak lancar jika ibu tertekan.

Banyakkan berzikir
Sentiasa berzikir sepanjang hari dengan menyebut asma Allah Ar-Razaq (Maha Pemberi Rezeki) agar ibu sentiasa diberi kekuatan untuk berpuasa.

Membaca selawat
Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap doa yang dibaca.

Bersolat tepat pada waktunya
Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT akan menanamkan rasa percaya bahawa Dialah yang memberikan rezeki susu kepada anak dan kemampuan berpuasa kepada ibu.

Pastikan cukup tidur
Sentiasa pastikan ibu cukup tidur. Sekiranya ingin melakukan ibadah di malam hari, ibu boleh tidur awal dahulu dan bangun kemudian.

Jangan terlalu banyak minum air ketika berbuka
Biarpun ibu terlalu dahaga namun jangan banyak minum air sehingga hilang selera untuk menjamah makanan. Pastikan mengikut sunah Nabi dalam bab makan dan minum iaitu sepertiga air, makanan dan udara.

Comments

  1. nice sharing, yg penting niat tu, niat tu yg buat kita lg kuat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Petua & Cara Atasi Loya Ketika Hamil (Morning Sickness)

Mabuk hamil adalah salah satu di antara banyak cabaran yang harus dilalui seorang ibu mengandung. Ada yang langsung tak merasainya, ada yang sangat teruk sehingga terlantar sakit dan ada juga yang dialami oleh sang suami. Oh, betapa sayangnya suami kepada isteri, sampai sanggup berkongsi kesakitan. Barulah dikatakan susah senang bersama. Setuju? APA ITU MABUK HAMIL? Sebelum kita pergi ke cara mengatasi mabuk hamil, mari kita lihat definisi mabuk hamil atau morning sickness terlebih dahulu. Mabuk hamil adalah merupakan perasaan loya atau mual yang seringkali dialami oleh wanita hamil di dalam trimester pertama. Ia biasanya berlaku pada waktu pagi dan hilang dengan sendirinya menjelang tengahari atau petang. Bergantung kepada tahap keseriusan, terdapat beberapa cara untuk atasi mabuk hamil tersebut. BERAPA LAMA TEMPOH MABUK HAMIL? Setiap orang tidak sama tempoh mereka mengalami morning sickness. Perubahan hormon dalam tempoh 12 minggu pertama adalah mungkin salah satu sebab-sebab kenapa

15 Kebaikan Bunga Telang, Bunga Pewarna Nasi Kerabu

Khasiat perubatan : Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.  Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit. Manfaat lain Bunga Telang adalah seperti :  Menyuburkan rambut Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambu

Masa Daddy & Daughter

Jika ditanya "what the best moments", for sure untuk yang bergelar daddy.. Time with daughter! Dalam kesibukan memikirkan pelbagai hal, pelbagai situasi kerja then bila bermain dengan anak perempuan, ia menghilangkan segala kepenatan.  Aku cuma doakan "my daughter: membesar as a good girl, ada pendirian, tidak mudah mengikut perkara yang tidak elok. Luv ya!