Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

20 Tips Ibu Menyusu Berpuasa

Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian membuktikan bahawa puasa bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi. Elakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak. Dapatkan sokongan ibu menyusu lain Sokongan satu sama lain membantu ibu menyusu menjadi lebih kuat dan bersemangat. Perkongsian pengalaman dan tip tentu sahaja berguna kepada semua. Bereskan tugas rumah  tangga waktu malam Untuk mengelakkan keletihan di siang hari, selesaikan segala tugas rumah tangga pada waktu malam atau sebelum sahur. Minta bantuan suami Jangan lakukan tugas rumah tangga sendirian. Sebaliknya minta bantuan