Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Pisang Boleh Merawat Batuk ? Boleh Cuba Ni !

Bila bercakap soal anak batuk, semestinya setiap ibubapa tidak senang duduk. Tambah lagi bila batuk melarat sampai berminggu-minggu, ada setengah sampai berbulan lamanya batuk. Tak dinafikan dengan udara pada hari ini, dengan habuk dari pelbagai jenis boleh menyebabkan sinus tanpa diduga.  Sambil aku duk godek baca-baca info, terjumpa info pisang boleh merawat batuk. Apa lagi, blog jela dulu. Next time nak buat untuk anak aku senang. Resipi pisang merawat batuk Bahan-bahan 2 biji pisang ranum 400 ml air mendidih 2 sudu besar gula atau madu (madu akan hilang khasiatnya dalam suhu yang tinggi, jadi berhati-hati semasa menambah madu ke dalam campuran pisang dan air panas. Pastikan ia sudah sejuk dahulu) Cara penyediaan Kupas pisang. Lenyekkan menggunakan sudu atau garfu. Sebaiknya guna sudu/garfu plastik atau kayu, bagi mengelakkan pisang cepat berubah warna gelap. Tambahkan gula dan kacau rata. Jika anda menggunakan madu, tambahkan ia apabila campuran pisang sudah sejuk.