Malaysia memang mempunyai banyak pantai-pantai yang cantik dan menarik serta mencari kawasan pantai di negara ini bukanlah sesuatu yang susah untuk dijumpai. Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak pusat peranginan dibina di kawasan berdekatan dengan pantai kerana ia menjadi kawasan tumpuan pelancong asing dan juga tempatan. Jangan tak tahu ya, sebenarnya banyak pantai-pantai yang cantik di Malaysia ini jadi anda semua tidak perlulah berhabis duit pergi ke luar negara. Mari kita lihat 10 pantai cantik yang ada di sini. 1. Pantai Juara, Pulau Tioman (Pahang) Mereka yang sukakan ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota, privasi dari orang dan yang penting menyajikan pantai yang cantik, maka ini lah jawapan yang anda cari. Pada mereka yang tidak tahu, pantai ini juga pernah tersenarai daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. 2. Pantai Pulau Mabul (Sabah) Pulau Mabul memang dikenali sebagai salah satu pulau yang cantik di Sabah oleh itu tidak hairanlah jika ia tersenarai...